About Us

 Toll Concessions

 What's New?

 Resource Centre

 Home

 Contact Us

 Sitemap


Home / What's New / News & Events

News & Events

Sinar Harian

February 06, 2008
MTD lancar kempen keselamatan


"Liow bersama dengan tetamu khas lain sedang mengaulkan yin sang sebagai tanda simbolik kepada pelancaran program keselamatan jalan raya."

Program sebegini merupakan sebahagian daripada aktiviti sosial yang bertujuan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.

TOL BENTONG - Sempena sambutan Tahun Baru Cina, MTD InfraPerdana Bhd melancarkan kempen keselamatan dengan memberikan cenderahati kepada pengguna jalan raya yang melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Eksekutif (Executive Vice Chairman) MTD InfraPerdana, Nik Fauzi Datuk Nik Hussain berkata, dalam majlis itu juga melibatkan penyertaan hampir 70 golongan kurang bernasib baik dari rumah kebajikan di sekitar daerah ini.

"Program sebegini adalah sebahagian daripada aktiviti sosial yang bertujuan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat."

"Di samping itu, ia secara tidak langsung menanamkan semangat kerjasama di kalangan masyarakat di negara ini tanpa mengira latar belakang," katanya ketika berucap pada Program Pelancaran Keselamatan Jalan Raya di sini, semalam.

Menurutnya, MTD sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam Operasi Ops Sikap ke-16 yang dijalankan sepanjang musim perayaan ini.

"Dalam hal ini, kami menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan jalan supaya tidak mengganggu kelancaran lalu lintas dan meningkatkan rondaan di sekitar lebuh raya bagi membantu pengguna jalan sempena sambutan Tahun Baru Cina ini."

"Namun begitu, pengguna jalan juga perlu berhati-hati di jalan tanpa mengabaikan aspek keselamatan ketika memandu kenderaan," katanya.

Katanya, hari ini (6 Februari), 1,000 penunggang motosikal yang terawal akan menerima cenderahati berupa buah limau dan pelekat keselamatan di Lebuh Raya Expressway Timur-Barat bermula jam 10 pagi di bawah Metramac Corporation.

"Turut hadir pada majlis diadakan di Tol Bentong itu ialah Ahli Parlimen Bentong, Datuk Liow Thiong Lai," katanya.

- NorFarahah Othman.

>top




06 February 2008
MTD lancar kempen keselamatan
 More
08 October 2007
MTD Prime Sdn Bhd
 More

28 September 2007
MTD Infra looks to to widen highway
 More ________________________ Investor Relations
Contact Us
Tel : 603-6120 3322
Fax : 603-6120 3222


© 2004 by MTD Infraperdana Bhd, Malaysia. All rights reserved. Privacy Policy. Contact Web Master Site by X!Mnet Malaysia Sdn. Bhd.